Friday, April 17, 2009

Isu Keselamatan Maritim Asia Pasifik

Hampir semua negara di rantau Asia Pasifik merupakan negara berpantai dan mempunyai sempadan maritim antara satu sama lain. Hanya Laos dan Mongolia yang merupakan negara tiada pantai (landlocked states). Laut memainkan peranan penting kepada rantau ini dari segi ekonomi perdagangan, pengangkutan, sumber perikanan, petroleum dan gas, pelancongan. jalur komunikasi dan pertahanan. Selat Melaka dan Selat Singapura merupakan jalur komunikasi antarabangsa yang penting di rantau Asia Pasifik yang menghubungkan Lautan Hindi dan Laut Pasifik selain dari Selat Lombok dan Selat Sunda seperti Peta di Lampiran A.[1] Dianggarkan 50% perdagangan dunia dan 2/3 bekalan tenaga global melalui kedua-dua selat tersebut. 80% minyak mentah Jepun dari Timur Tengah juga melaluinya. Dianggarkan sebanyak 60,000 buah kapal melalui selat ini setiap tahun.[2] Selat tersebut bukan sahaja penting kepada negara-negara di rantau Asia Pasifik tetapi juga negara yang mempunyai kepentingan maritim seperti Amerika Syarikat.

Kepentingan ini memerlukan jaminan keselamatan maritim ke atas laluan perkapalan antarabangsa di selat tersebut dari ancaman pelanunan, rompakan dan keganasan, nelayan bebas menjalankan aktiviti menangkap ikan manakala pelantar-pelantar minyak di tengah lautan bebas dari ancaman pengganas. Gangguan ke atas keselamatan Selat Melaka dan Selat Singapura bukan sahaja memberi impak kepada ekonomi serantau tetapi juga ekonomi global. Keselamatan maritim dilihat sama penting dengan isu keselamatan terrestrial di rantau Asia Pasifik seperti konflik nuklear Semenanjung Korea, konflik India-Pakistan, konflik Kashmir, isu Selat Taiwan, ancaman pengganas[3] dan kini keselamatan insan (human security).[4] Isu keselamatan maritim di rantau Asia Pasifik hangat dibincangkan sejak serangan pengganas pada 11 September 2001 (9/11) dimana pengganas dikatakan akan melakukan serangan keatas laluan perkapalan strategik dunia seperti Selat Melaka dan Selat Singapura.[5]
[1] Joshua Ho, 2005, The Security of Regional Sea Lanes, Singapura, Institute of Defence and Strategic Studies, hlm. 2
[2] Tibor Kovacs, 2005, Maritime Security in the Straits of Malacca: Risk and Responses, Madrid
[3] Isu-isu keselamatan di rantau Asia Pasifik dibincangkan dalam ASEAN Regional Forum, 2008, Annual Security Outlook, Singapore, 24 Julai.
[4] Mohamed Jawhar Hassan, Security Outlook for the Asia Pacific Region, http://www.isis.org.my/files/bfpss/Security%20Outlook%20in%20the%20Asia%20Pacific%20Region.pdf [10 Mac 2009]
[5] Sam Bateman, 2006, Assessing the Threat of Maritime Terrorism: Issues for the Asia-Pacific Region Security Challenges, Volume 2 Number 3 (October 2006), hlm.78

Cabaran Pengurusan Sempadan Malaysia

CABARAN PENGURUSAN KESELAMATAN SEMPADAN

1. PENDAHULUAN

Konsep keselamatan negara merupakan konsep yang diperkenalkan negara Barat dan merujuk kepada Amerika Syarikat pada era selepas Perang Dunia ke 2[1]. Dalam hal ini, terdapat beberapa sarjana yang memberikan takrifan mengenai konsep keselamatan negara. Trager and Simone (1973) telah menginterpretasikan keselamatan negara sebagai usaha untuk mencapai nilai-nilai nasional (national values) yang merangkumi sistem politik, sosial dan asas fizikal terbentuknya sesebuah negara. Nilai-nilai nasional ini merujuk kepada kelangsungan hidup (survival) bagi memastikan kewujudan yang berterusan sesebuah negara dan masyarakat, bahasa, pembangunan sosial dan ekonomi, kemerdekan politik dan integriti sempadan.[2]
[1] Edward E. Azar and Chung In Moon, 1998, Rethinking Third World National Security, National Security in the Third World, Edward E.Azar and Chung in Moon (pnyt), Aldershot, Edward Elgar Publishing Limited. hlm. 1
[2] F. N. Trager & F. L. Simone, An Introduction to the Study of National Security, F. N. Trager & P. Kronenberg (pnyt), National Security and American Society, University Press of Kansas, Lawrence, 1973, p. 36......................................................................

Lawatan ke Central Market




Kali terakhir menjejak kaki ke Central Market atau CM ni lebih kurang 10 tahun lepas. Itupun masa kat UM dulu.Banyak perubahan di dalamnya yang meriah dengan pelbagai gerai kraftangan. Melawat CM boleh dikatakan melawat Malaysia kerana semua kraftangan ada di sana. Walaubagaimanapun, parking kereta tak banyak kerana ruang yang terhad. Mungkin kena guna public transport.

Wednesday, December 3, 2008

Cadangan Pewujudan Pasukan Pengaman Maritim Antarabangsa Menangani Lanun di Teluk Aden

Thursday, October 9, 2008

Air Terjun Ulu Pilah







Mungkin Air Terjun Ulu Bendul lebih dikenali di Negeri sembilan. Kini ada Air Terjun baru di Ulu Pilah yang sesuai untuk berkelah bagi keluarga sederhana ramai. lebih privasi dan ada tapak perkemahan yang boleh disewa dari orang kampung. Jaraknya dengan Ulu bendul dalam setengah jam aje....Masa raya lepas sempat juga singgah membasahkan kaki...bagi anak-anak pula apalagi membasahkan baju raya laa..

Tuesday, October 7, 2008

Nurul Hazirah




Dah masuk 6 bulan umur Nurul Hazirah. Dah kenal orang..

1 Syawal 1429




Alhamdullillah/ Ramadhan berakhir dan kini Syawal menjelma. kami sekeluarga pulang ke kampung di Bukit Jalor dan Kg.Bangkahulu untuk meraikan hari kebesaran ini. Sempat juga ambil gambar..