Thursday, December 27, 2007

Anak-Anakku





Sehingga kini saya mempunyai5 orang anak iaitu seorang lelaki dan 3 perempuan iaitu Ammar Rasydan (Along), Nurul Haziqah (Kakak), Nurul Izzah (Memeh), Nurul Iman (Ayon) dan Nurul Hazirah (3 bulan). Tak lupa isteri yang dicintai Rosnita Razalli ,orang Felda (dah tukar jadi Kampung) Bukit Jalor, N.9. Kata anakku ada 9 bukit dari simpang Air Kuning hingga Felada tersebut. Sempat juga diorang kira..harap-harap bukit tu akan kekal di masa hadapan.

Perhimpunan Keluarga Riduk Abu Bakar





Perhimpunan keluarga Riduk Abu Bakar telah diadakan di Cheras Baru pada 22 Disember 2007.Ia dirasmikan oleh YB Suhaimi, ADUN Dengkil merangkap Presiden Persatuan Bengkulu Malaysia. Saya merupakan generasi ke 5 Riduk dimana moyang dikenali sebagai Tok Pakeh(Ghani Riduk). Saya mengenali Tok Pakeh yang tinggal di Kampung Bangkahulu, Gemas kerana rumahnya hanya terletak disebelah rumah.

Lawatan Ke Zoo Negara





Zoo Negara merupakan antara destinasi cuti sekolah yang ramai dikunjungi. Anak-anak dapat melihat dengan life binatang liar seperti harimau, gajah, seladang, zirafah dan bermacam-macam lagi. Berhati-hati takut ada binatang liar yang terlepas lebih-lebih lagi Pak Belang seperti yang berlaku di San Francisco, U.S

Monday, September 17, 2007

Dimanakah letaknya Pulau Pandan?

Mungkin rangkap pantun "Pulau Pandan Jauh Ketengah, Gunug Daik Bercabang Tiga; Hancur Badan Dikandung Tanah;Budi Yang Baik di Kenang Jua" tidak siapa yang boleh melupakannya. Tahukah anda bahawa Pulau Pandan dan Gunung Daik tersebut sememangnya wujud dan terletak di Kepulauan Riau, Indonesia. Gunung Daik memang tiga cabangnya. Terdapat lagi pantun lain " Gunung Daik Bercabang Tiga, Terletak di Bunda Tanah Melayu, Kita Sepakat Membangun Lingga, Mewujudkan Masyarakat Sejahtera dan Maju"

Friday, September 14, 2007

Pulau Batu Puteh/Pedra Branca


The public hearings in the case concerning Sovereignty over Pedra Branca/Pulau Batu Puteh, Middle Rocks and South Ledge (Malaysia/Singapore) will open on Tuesday 6 November 2007 before the International Court of Justice (ICJ), principal judicial organ of the United Nations.
KES KEDAULATAN PULAU BATU PUTEH,MIDDLE ROCKS DAN SOUTH LEDGE

Kes Kedaulatan Pulau Batu Puteh, Middle Rocks dan South Ledge (Malaysia/Singapura) akan didengar di Mahkamah Pengadilan Antarabangsa (ICJ) mulai 6 November 2007