Saturday, August 30, 2008

Istana Negara


Dulu semasa pejabat lama masih di Jalan Dato' Onn KL sering nampak pintu masuk di Istana Negara dipenuhi deretan bas dan pelancong asing. Masa tu pengawal berkuda belum ada lagi. , tak terasa nak berhenti. Cuti sekolah lepas merupakan kali pertama menjejakkan kaki di depan pintu Istana. Ramai yang mengambil gambar. Ia merupakan serangan flash ke atas pengawal-pengawal berkuda istana.

Kemerdekaan 51







Malaysia menyambut kemerdekaan 2 hari selepas pembentangan Bajet 2009 dan sehari sebelum umat islam memulakan puasa di bulan Ramadhan. Kemerdekaan mempunyai pengertian yang luas bukan sahaja terhad kepada kebebasan secara fizikal dari penjajah eropah tetapi juga bebas dari kebergantungan dan kawalan ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Dalam era globalisasi sememangnya sukar untuk mengelakkan unsur-unsur yang negatif mempengaruhi rakyat Malaysia. Kemerdekaan perlu dipertahankan sebagai mana teguhnya Tugu Negara yang dibina bagi memperingati pengorbanan wira negara dalam mempertahankan tanah air. Lawatan ke tugu negara bersama keluarga baru-baru ini merupakan lawatan kedua selepas 25 tahun yang lepas. Tugu masih lagi utuh namun tiada pelawat tempatan yang datang. Disebelah tugu pula terdapat Tugu Peringatan bagi mengenang jasa wira negara yang terlibat dalam Perang Dunia I, II dan perang ke atas komunis. Deretan bas warga asing bersenjatakan kamera digital menawan perkarangan tugu negara menunjukkan ianya penting bukan sahaja bagi menunjukkan Malaysia menghargai pengorbanan wira negara tetapi juga untuk industri pelancong. Al-Fatihah kepada semua wira negara. Selamat hari Merdeka ke 51. Juga untuk isteri yang turut sama menyambut hari lahir ke 36..

Saturday, August 9, 2008

Lawatan ke Cameron Highland
















Inilah kali pertama kami sekeluarga menjejakkan kaki di Cameron Highland. Perjalanan dari Kuala Lumpur terus memasuki Lebuh Raya Utara Selatan dan keluar di Tol Simpang Pulai. Sebenarnya jika nak ke Cameron Highland boleh keluar di Tol Tapah. Namun berdasarkan pengalaman mereka yang pernah pergi ke sini adalah lebih baik melalui Simpang Pulai. Walaupun agak jauh sedikit , tidak banyak kenderaan dan jalannya tidak berliku. Berbanding dengan laluan dari Tapah, memang berliku-liku melebihi laluan Simpang Putus di Kuala Pilah. Apapun kami selamat sampai di Cameron Highland. Dari Kampung Raja menuju ke Pine Resort Hotel di Tanah Rata amat mengasyikkan dengan deretan kebun sayur, ladang teh dan strawberi yang mengujakan. Namun apa yang dapat diperhatikan kebanyakan kebun sayur tidak begitu tersusun dan dibiarkan begitu sahaja selepas hasilnya dituai. Macam di negara yang kurang membangun nampaknya. Mungkin untuk menjimatkan kos atau sememangya satu budaya kat sini. Landrover juga banyak di sini. Ada mengatakan lebih dari 450 buah. Tarikan utama di sini adalah sebenarya ladang strawberi. Awal pagi lagi kami sekeluarga ke ladang strawberi dan sempat mengutip buah strawberi. Bukannya percuma tapi kena bayar. Inilah pengalaman yang tidak dapat kami dilupakan. Kami juga sempat ke kebun teh dan memang saujana mata memandang. Teh yang dijual mahal sikit berbanding di kedai biasa atau kat pasar malam di Brinchang. Terpikir dihati bagaimana tanah begitu luas ini dapat dimiliki. Selain dari strawberi yang dijadikan sebagai ole-ole, ramai juga yang membawa balik sayur-sayur, pokok kaktus, bunga-bunga, jagung mutiara dan untuk anak-anak pula cenderamata yang bertemakan buah strawderi. Kami mungkin akan berkunjung lagi di sini di masa hadapan.