Thursday, December 27, 2007

Anak-Anakku





Sehingga kini saya mempunyai5 orang anak iaitu seorang lelaki dan 3 perempuan iaitu Ammar Rasydan (Along), Nurul Haziqah (Kakak), Nurul Izzah (Memeh), Nurul Iman (Ayon) dan Nurul Hazirah (3 bulan). Tak lupa isteri yang dicintai Rosnita Razalli ,orang Felda (dah tukar jadi Kampung) Bukit Jalor, N.9. Kata anakku ada 9 bukit dari simpang Air Kuning hingga Felada tersebut. Sempat juga diorang kira..harap-harap bukit tu akan kekal di masa hadapan.

Perhimpunan Keluarga Riduk Abu Bakar





Perhimpunan keluarga Riduk Abu Bakar telah diadakan di Cheras Baru pada 22 Disember 2007.Ia dirasmikan oleh YB Suhaimi, ADUN Dengkil merangkap Presiden Persatuan Bengkulu Malaysia. Saya merupakan generasi ke 5 Riduk dimana moyang dikenali sebagai Tok Pakeh(Ghani Riduk). Saya mengenali Tok Pakeh yang tinggal di Kampung Bangkahulu, Gemas kerana rumahnya hanya terletak disebelah rumah.

Lawatan Ke Zoo Negara





Zoo Negara merupakan antara destinasi cuti sekolah yang ramai dikunjungi. Anak-anak dapat melihat dengan life binatang liar seperti harimau, gajah, seladang, zirafah dan bermacam-macam lagi. Berhati-hati takut ada binatang liar yang terlepas lebih-lebih lagi Pak Belang seperti yang berlaku di San Francisco, U.S