Saturday, August 30, 2008

Kemerdekaan 51







Malaysia menyambut kemerdekaan 2 hari selepas pembentangan Bajet 2009 dan sehari sebelum umat islam memulakan puasa di bulan Ramadhan. Kemerdekaan mempunyai pengertian yang luas bukan sahaja terhad kepada kebebasan secara fizikal dari penjajah eropah tetapi juga bebas dari kebergantungan dan kawalan ekonomi, politik, sosial dan sebagainya. Dalam era globalisasi sememangnya sukar untuk mengelakkan unsur-unsur yang negatif mempengaruhi rakyat Malaysia. Kemerdekaan perlu dipertahankan sebagai mana teguhnya Tugu Negara yang dibina bagi memperingati pengorbanan wira negara dalam mempertahankan tanah air. Lawatan ke tugu negara bersama keluarga baru-baru ini merupakan lawatan kedua selepas 25 tahun yang lepas. Tugu masih lagi utuh namun tiada pelawat tempatan yang datang. Disebelah tugu pula terdapat Tugu Peringatan bagi mengenang jasa wira negara yang terlibat dalam Perang Dunia I, II dan perang ke atas komunis. Deretan bas warga asing bersenjatakan kamera digital menawan perkarangan tugu negara menunjukkan ianya penting bukan sahaja bagi menunjukkan Malaysia menghargai pengorbanan wira negara tetapi juga untuk industri pelancong. Al-Fatihah kepada semua wira negara. Selamat hari Merdeka ke 51. Juga untuk isteri yang turut sama menyambut hari lahir ke 36..

No comments: