Saturday, August 9, 2008

Lawatan ke Cameron Highland
















Inilah kali pertama kami sekeluarga menjejakkan kaki di Cameron Highland. Perjalanan dari Kuala Lumpur terus memasuki Lebuh Raya Utara Selatan dan keluar di Tol Simpang Pulai. Sebenarnya jika nak ke Cameron Highland boleh keluar di Tol Tapah. Namun berdasarkan pengalaman mereka yang pernah pergi ke sini adalah lebih baik melalui Simpang Pulai. Walaupun agak jauh sedikit , tidak banyak kenderaan dan jalannya tidak berliku. Berbanding dengan laluan dari Tapah, memang berliku-liku melebihi laluan Simpang Putus di Kuala Pilah. Apapun kami selamat sampai di Cameron Highland. Dari Kampung Raja menuju ke Pine Resort Hotel di Tanah Rata amat mengasyikkan dengan deretan kebun sayur, ladang teh dan strawberi yang mengujakan. Namun apa yang dapat diperhatikan kebanyakan kebun sayur tidak begitu tersusun dan dibiarkan begitu sahaja selepas hasilnya dituai. Macam di negara yang kurang membangun nampaknya. Mungkin untuk menjimatkan kos atau sememangya satu budaya kat sini. Landrover juga banyak di sini. Ada mengatakan lebih dari 450 buah. Tarikan utama di sini adalah sebenarya ladang strawberi. Awal pagi lagi kami sekeluarga ke ladang strawberi dan sempat mengutip buah strawberi. Bukannya percuma tapi kena bayar. Inilah pengalaman yang tidak dapat kami dilupakan. Kami juga sempat ke kebun teh dan memang saujana mata memandang. Teh yang dijual mahal sikit berbanding di kedai biasa atau kat pasar malam di Brinchang. Terpikir dihati bagaimana tanah begitu luas ini dapat dimiliki. Selain dari strawberi yang dijadikan sebagai ole-ole, ramai juga yang membawa balik sayur-sayur, pokok kaktus, bunga-bunga, jagung mutiara dan untuk anak-anak pula cenderamata yang bertemakan buah strawderi. Kami mungkin akan berkunjung lagi di sini di masa hadapan.

No comments: